HOMEOPATHY
Homeopati adalah satu sistem perubatan yang diasaskan pada awal abad ke-19 oleh seorang doktor Jerman iaitu Dr. Samuel Christian Hahnemann. Perubatan ini sangat popular di Amerika pada akhir abad ke-19, dimana 15% doktor di negara tersebut adalah pengamal dan pakar homeopati.
Walaubagaimanapun, dengan kemajuan teknologi perubatan moden, homeopati dianggap satu cara perubatan lama dan tidak menarik. Walaubagaimanapun, sejak 1980, homeopati diminati kembali di Amerika dan buku berkenaan homeopati boleh didapati di kebanyakan kedai buku dan juga pengamal homeopati diseluruh negara.
Homeopati boleh didefinisikan sebagai satu sistem perubatan yang berasaskan prinsip bahawa, agen yang menghasilkan simptom tertentu dalam keadaan sihat, turut menyembuhkan simptom tersebut dalam penyakit.
Contohnya penggunaan sinar-X untuk mengubati barah memang sedia termaklum, walaupun diketahui bahawa sinar itu sendiri boleh mengakibatkan barah. Begitulah juga dengan falsafah perubatan secara homeopati ini. Dalam perkataan lain, bahan yang boleh menyebabkan penyakit juga dapat menyembuhkannya.
Selain itu, semakin rendahkepekatan ubat yang diberi, semakin berkesan ubat tersebut. Kebanyakan ubat homeopati disediakan daripada ekstrak tiga sumber, iaitu :
i. Daripada tumbuhan
-Lebih daripada ½ ubat homeopati dibuat daripada tumbuhan. Walaubagaimanapun ubat homeopati tidak secara eksklusif berasal daripada tumbuhan dan ia tidak sama dengan ubatan herba.
ii. Daripada haiwan
Bahan ini diambil dari bisa binatang seperti bisa ular, hormon dan lain-lain bahan daripada binatang yang boleh menghasilkan toksikologi atau tindakbalas farmakologi.
iii. Daripada bahan Mineral
- Bahan ini termasuk garam asli, bahan kimia dan logam. Contohnya Sodium klorida, emas, dan perak Kesemua bahan ini diproses melalui proses pencairan dan pengoncangan yang dilakukan berperingkat-peringkat dan berulang-ulang kali.
Ubat yang dihasilkan mampu merangsang sistem pertahanan badan seseorang. Selain itu, ubat homeopati tidak menghasilkan apa-apa kesan toksik sampingan dan dapat disimpan untuk masa yang lama.
Dalam kamus Dwi Bahasa Oxford Fajar,Edisi ke-2, Homeopati didefinisikan sebagai satu jenis perubatan dengan ubat yang (lazimnya dengan sukatan yang sangat kecil) kepada tubuh orang yang sihat yang akan menghasilkan tanda penyakit yang ingin diubati.
TOKOH YANG MEMPERKENALKAN HOMEOPATI
1. Dr. Samuel Christian Hahnemann
Dr. Christian Hahnemann atau lebih dikenali sebagai Dr. Hahnemann dilahirkan pada tahun 1755 dan berbangsa Jerman. Beliau adalah doktor Jerman pertama yang memperkenalkan sains perubatan baru yang diberi nama "Homeopati".
Beliau telah menerbitkan karangannya yang pertama tentang homeopati pada tahun 1796. Dr. Hahnemann meninggal dunia pada tahun 1843 semasa usianya 88 tahun. Pada awal abad yang lepas, Dr. Samuel Hahnemann mendapati bahawa apabila memakan kulit kayu Sinkona, beliau mendapat simptom yang sama seperti penyakit Malaria.
Anehnya, pada ketika itu, Sinkona digunakan untuk mengubati malaria. Oleh sebab berasa takjub akan kejadian itu, Dr. Hahnemann telah memberi dos kecil ubat-ubatan kepada orang yang sihat dan juga dirinya sendiri lalu mencatat segala perubahan yang berlaku. Lama-kelamaan, beliau telah dapat menyenaraikan pelbagai jenis ubat berserta simptom yang dihasilkan dalam manusia normal.
Seterusnya, beliau merawat orang sakit dengan memberi ubat yang sama dengan simptom yang yang dialami oleh pesakit tersebut . Keputusannya sungguh menggalakkan. Bagaimanapun, Dr. Hahnemann kadang kala mendapati seseorang pesakit menjadi lebih teruk apabila diberi dos ubat yang biasa.
Dari itu, beliau telah mencairkan kepekatan ubat-ubatnya dan mendapati bahawa ini menjadikan kebanyakan ubat lebih berkesan dan tidak membawa apa-apa kesan sampingan Sejak itu, banyak doktor telah menguji hasil penemuanDr. Hahnemann dan pada hari ini, lebih daripada 2000 bahan aktif homeopati telah ditemui .
2. James Tyler Kent
James Tyler Kent Dilahirkan pada tahun 1849 adalah pengamal perubatan homeopati yang terkenal di Amerika Syarikat. Beliau telah banyak memberi sumbangan terhadap perubatan homeopati sama seperti Dr. Hahnemann. Dr. Kent semasa hayatnya telah menulis "The Great Repertory", iaitu sebuah buku teks yang lengkap tentang homeopati. Buku tersebut masih diguna pakai sehingga ke hari ini.
Memang terdapat buku lain tentang homeopati, tetapi kebanyakan pakar menggunakan teks yang ditulis oleh Dr. Kent. Kebanyakan pengamal homeopati sekarang menggunakan kaedah yang sama yang digunakan oleh Dr. Kent, iaitu dengan pengambilan satu dos ubat yang berjumlah dari 30c hingga 10m, dan kemudian menunggu sehingga ubat tersebut selesai bertindak balas sebelum memberi dos yang seterusnya kepada pesakit .
Walaubagaimanapun, Dr. Kent kemudiannya menggunakan kaedah yang dipakai oleh Dr. Hahnemann. Dimana pemberian ubat kepada pesakit dimulakan dengan pemberian dos yang sedikit jumlah sukatannya. Kemudian Menambah sukatan tersebut, dimana untuk setiap tambahan, ditambah tiga kali daripada sukatan asal. Contohnya 6,9,12 dan seterusnya.. Ubat tersebut dimakan setiap hari oleh pesakit.